Tuesday, July 21, 2009

Jawatankuasa SPBT

Pengerusi : Penolong Kanan HEM

Setiausaha : Puan Rosnita bt Hamid

AJK :
Puan Rafizah bt Abdul Rahman
Puan Norzaini bt Mokhtar @ Natha
Puan Norazlina bt ismail
Encik Aizal bin Ibrahim

Bidang Tugas :

1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa:

1.1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

1.2. Membuat agihan tugas pentadbiran seperti:

· Buku stok

· Pengedaran / pengumpulan

· Buku rosak / hilang

· Menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada pelajar.

2. Menyelenggara 9 fail mengikut jenis dari semasa ke semasa.

3. Menerima buku yang dihantar oleh pembekal dan masukkan dalam stok.

4. Mengedar borang permohonan SPBT dan menyimpan borang tersebut untuk rekod.

5. Menyimpan Data Maklumat Pelajar untuk simpanan fail.

6. Membuat pesanan buku teks kepada Biro Buku Teks dan membuat anggaran untuk tahun berikutnya.

7. Pengedaran Buku Teks

7.1. Menentukan tarikh pengedaran dan mengedarkan mengikut kelas

7.2. Mengesan kelancaran pengedaran.

8. Pengurusan Rekod dan Dokumen

8.1. Menyelenggara fail yang dikemaskini mengikut jenis.

8.2. Rekod buku stok mengikut kelas.

8.3. Senarai tugas guru – pengedaran / pengumpulan

8.4. Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak, hilang.

9. Pengurusan keselamatan buku

9.1. Menubuhkan Kelab Buku Teks bagi membantu menguruskan dan menceriakan Bilik BOSS dan membantu pengurusan buku teks.

9.2. Menyediakan Peraturan Penggunaan SPBT

9.3. Memastikan pelajar membalut buku teks dengan pembalut plastik.

10. Pengurusan Pemulangan Buku teks

10.1. Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.

10.2. Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / kelas.

10.3.Melapor kepada pengetua / GPK HEP tentang proses pemulangan seperti peratus rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan.

11. Pengurusan Stok dan Inventori

11.1. Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.

11.2. Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat.

11.3. Mengemaskini inventari SPBT

11.4. Mengisi maklumat kekurangan / lebihan buku teks.

12. Cadangan Buku Bacaan Tambahan

12.1. Mendapatkan maklumat daripada Ketua Panitia / Guru Kanan Mata pelajaran.

11.2. Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.

No comments:

Post a Comment