SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BILIK BOSS)
SM SULTAN ABDUL HALIM
Tuesday, January 29, 2013
Mesyuarat Agung Kelab
Tarikh: 29 Januari 2013
Tempat: Bilik BOSS
Ahli yang mendaftar: 30 orang
Sunday, October 7, 2012
Tuesday, November 8, 2011
Pengumpulan buku teks 2011
Tuesday, July 21, 2009
Jawatankuasa SPBT
Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Puan Rosnita bt Hamid
AJK :
Puan Rafizah bt Abdul Rahman
Puan Norzaini bt Mokhtar @ Natha
Puan Norazlina bt ismail
Encik Aizal bin Ibrahim
Bidang Tugas :
1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa:
1.1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
1.2. Membuat agihan tugas pentadbiran seperti:
· Buku stok
· Pengedaran / pengumpulan
· Buku rosak / hilang
· Menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada pelajar.
2. Menyelenggara 9 fail mengikut jenis dari semasa ke semasa.
3. Menerima buku yang dihantar oleh pembekal dan masukkan dalam stok.
4. Mengedar borang permohonan SPBT dan menyimpan borang tersebut untuk rekod.
5. Menyimpan Data Maklumat Pelajar untuk simpanan fail.
6. Membuat pesanan buku teks kepada Biro Buku Teks dan membuat anggaran untuk tahun berikutnya.
7. Pengedaran Buku Teks
7.1. Menentukan tarikh pengedaran dan mengedarkan mengikut kelas
7.2. Mengesan kelancaran pengedaran.
8. Pengurusan Rekod dan Dokumen
8.1. Menyelenggara fail yang dikemaskini mengikut jenis.
8.2. Rekod buku stok mengikut kelas.
8.3. Senarai tugas guru – pengedaran / pengumpulan
8.4. Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak, hilang.
9. Pengurusan keselamatan buku9.1. Menubuhkan Kelab Buku Teks bagi membantu menguruskan dan menceriakan Bilik BOSS dan membantu pengurusan buku teks.
9.2. Menyediakan Peraturan Penggunaan SPBT
9.3. Memastikan pelajar membalut buku teks dengan pembalut plastik.
10. Pengurusan Pemulangan Buku teks
10.1. Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.
10.2. Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / kelas.
10.3.Melapor kepada pengetua / GPK HEP tentang proses pemulangan seperti peratus rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan.
11. Pengurusan Stok dan Inventori
11.1. Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
11.2. Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat.
11.3. Mengemaskini inventari SPBT
11.4. Mengisi maklumat kekurangan / lebihan buku teks.
12. Cadangan Buku Bacaan Tambahan
12.1. Mendapatkan maklumat daripada Ketua Panitia / Guru Kanan Mata pelajaran.
11.2. Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.
BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)
BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS) | |
Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh. Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang. Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut : | |
• | Rak buku |
• | Meja dan kerusi |
• | Kipas |
• | Alat pemadam api |
• | Kawalan haiwan/serangga perosak |
• | Kabinet / almari fail |
• | Papan kenyataan |
• | Kaunter |
• | Peti kecemasan |
PENGENALAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
PENGENALAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) | |
Pelaksanaan | |
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri. | |
Matlamat | |
Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula. | |
Objektif | |
1. | Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu. |
2. | Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. |
Fungsi | |
1. | Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat. |
2. | Mengawal penggunaan buku teks. |
DEFINISI BUKU TEKS
BUKU TEKS |
Pengenalan |
Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. |
Beberapa pengertian tentang Buku Teks : |
UNESCO A textbook is a book which is an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil – book – teacher situation. |
Cambridge International Dictionary of English A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject. |
Dent (1955) Buku teks ialah alat pembelajaran yang penting dan sukar diganti dengan bahan lain. |
Gopinathan (1983) Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa kini. |
Altbach (1987) Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries. |