Tuesday, July 21, 2009

DEFINISI BUKU TEKS

BUKU TEKS


Pengenalan
Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Beberapa pengertian tentang Buku Teks :

UNESCO
A textbook is a book which is an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil – book – teacher situation.

Cambridge International Dictionary of English
A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject.

Dent (1955)
Buku teks ialah alat pembelajaran yang penting dan sukar diganti dengan bahan lain.

Gopinathan (1983)
Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa kini.

Altbach (1987)
Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries.

No comments:

Post a Comment